Isu Teknikal

Uncategorized

1. Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah ‘incompatibility view’ selepas berjaya mendaftar masuk?
# Anda perlu mengemaskini versi browser yang lebih terkini dan anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang  digunakan pada computer atau telefon pintar masing-masing agar tidak mengganggu capaian ke Internet.

2. Bagaimana cara untuk memperbaharui peranan sebagai Pentadbir SPGATM di pasukan masing-masing?
# Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir SPGATM di UGAT bagi penetapan peranan tersebut. Kemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.

3. Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?
# Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 12 bulan terakhir manakala maklumat Borang EC bagi tempoh 7 tahun. Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan Borang EC yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat Gaji di mana anda berkhidmat ketika itu.

4. Saya telah menekan lupa katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?
# Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.