Sistem Gaji ATM

Uncategorized

1. Bagaimanakah cara untuk daftar masuk Sistem Gaji ATM(SGATM)?
# Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

2. Apakah maklumat yang perlu disertakan sebagai keperluan kali pertama untuk memasuki SGATM?
# Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki SGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

3. Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna SGATM bagi mewakili saya?
# Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki SGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SGATM seterusnya.

4. Apakah platform capaian untuk memasuki SGATM?
# SGATM boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet. SGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.

5. Bagaimana untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC dalam SGATM melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet?
# Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

6. Apa yang berlaku sekiranya saya didaftar keluar secara tiba-tiba semasa saya sedang mengakses SGATM kepunyaan saya?
# Ini adalah berikutan SGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.

7. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan?
# Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.