Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Secara umumnya fungsi Jabatan Arah merangkumi proses penyediaan pembayaran, pengauditan, perakaunan, khidmat nasihat dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan potongan gaji serta Pengurusan Akaun Panjar dan Akaun Tabung Rejimen.