Sistem Penyata Gaji ATM

1. Bagaimanakah cara untuk daftar masuk Sistem Penyata Gaji ATM(SPGATM)?
# Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

2. Apakah maklumat yang perlu disertakan sebagai keperluan kali pertama untuk memasuki SPGATM?
# Secara default anda perlu memasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki SPGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

3. Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna SPGATM bagi mewakili saya?
# Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SPGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki SPGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SPGATM seterusnya.

4. Apakah platform capaian untuk memasuki SPGATM?
# SPGATM boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet. SPGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.

5. Bagaimana untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC dalam SPGATM melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet?
# Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

6. Apa yang berlaku sekiranya saya didaftar keluar secara tiba-tiba semasa saya sedang mengakses SPGATM kepunyaan saya?
# Ini adalah berikutan SPGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SPGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.

7. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa kata laluan?
# Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

Masalah Login

1. Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir SPGATM sekiranya terdapat masalah dengan akses terhadap SPGATM?
# Anda dikehendaki mengemukakan masalah tersebut kepada Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

2. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya menghadapi masalah nama pengguna kali pertama(nombor tentera) tidak match dengan nombor kad pengenalan awam?
# Terdapat sejumlah pegawai/anggota yang dikenalpasti masih menggunakan nombor tentera lama dan disebabkan itu tidak boleh mengakses ke dalam SPGATM. Anda boleh berhubung dengan Pegawai Gaji tempat anda bertugas untuk dipanjangkan kepada Pentadbir Sistem.

3. Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Borang EC disimpan di dalam SPGATM?
# Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Borang EC dalam tempoh berikut dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada SGATM. Permohonan untuk mendapatkan semula Penyata Gaji dan Borang EC SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
a. 12 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
b. 7 tahun kebelakangan bagi Borang EC.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun penyata gaji bulanan   dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive anda sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

4. Bilakah SPGATM mula digunakan?
# SPGATM mula digunakan secara rasmi oleh pegawai dan anggota tentera mulai bulan April tahun 2019.

5. Siapa pengguna SPGATM?
# Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

6. Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya gagal untuk mendaftar menggunakan nombor tentera dan nombor kad pengenalan awam saya sendiri?
# Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai gaji pasukan anda supaya mengemaskini maklumat nombor tentera anda yang terkini. Kegagalan pengemaskinian data anda akan menjejaskan capaian anda kepada SPGATM.

7. Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, anda mendapati masalah Penyata Gaji anda tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?
# Setelah tamat tumpangan luar, pihak UGAT akan menerima arahan daripada CKT untuk pembayaran gaji diteruskan. Penyata gaji bulanan diproses setelah UGAT mendapat maklumbalas tersebut. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

8. Bilakah penyata gaji bulan semasa boleh diakses melalui SPGATM?
# Ianya boleh diakses pada selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh gaji pada bulan berkenaan. Sila layari pautan XXXXXXXXXXXX untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

9. Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Borang EC yang lama iaitu sebelum tahun 2019?
#Penyata Gaji dan Borang EC yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM April 2019 adalah secara manual (hardcopy) dalam 3 salinan. Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap pegawai dan anggota. Salinan kedua dan ketiga disimpan oleh pihak UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan.

Isu Teknikal

1. Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah ‘incompatibility view’ selepas berjaya mendaftar masuk?
a. Anda perlu mengemaskini (update) kepada versi browser yang lebih terkini.
b. Anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang  digunakan pada computer atau telefon pintar masing-masing agar tidak mengganggu capaian ke Internet.

2. Bagaimana cara untuk memperbaharui peranan sebagai Pentadbir SPGATM di pasukan masing-masing?
# Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir SPGATM di UGAT bagi penetapan peranan tersebut. Kemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.

3. Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?
# Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 12 bulan terakhir manakala maklumat Borang EC bagi tempoh 7 tahun. Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan Borang EC yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat Gaji di mana anda berkhidmat ketika itu.

4. Saya telah menekan lupa katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?
# Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.