Masalah Login

Uncategorized

1. Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir SGATM sekiranya terdapat masalah dengan akses terhadap SGATM?
# Anda dikehendaki mengemukakan masalah tersebut kepada Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

2. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya menghadapi masalah nama pengguna kali pertama(nombor tentera) tidak match dengan nombor kad pengenalan awam?
# Terdapat sejumlah pegawai/anggota yang dikenalpasti masih menggunakan nombor tentera lama dan disebabkan itu tidak boleh mengakses ke dalam SGATM. Anda boleh berhubung dengan Pegawai Gaji tempat anda bertugas untuk dipanjangkan kepada Pentadbir Sistem.

3. Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Borang EC disimpan di dalam SGATM?
# Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Borang EC dalam tempoh berikut dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada SGATM. Permohonan untuk mendapatkan semula Penyata Gaji dan Borang EC SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.
a. 12 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan (mulai April 2019); dan
b. 7 tahun kebelakangan bagi Borang EC (mulai tahun 2018).
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memuat turun penyata gaji bulanan   dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive anda sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

4. Bilakah SPGATM mula digunakan?
# SPGATM mula digunakan secara rasmi oleh pegawai dan anggota tentera mulai bulan April tahun 2019.

5. Siapa pengguna SPGATM?
# Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

6. Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya gagal untuk mendaftar menggunakan nombor tentera dan nombor kad pengenalan awam saya sendiri?
# Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai gaji pasukan anda supaya mengemaskini maklumat nombor tentera anda yang terkini. Kegagalan pengemaskinian data anda akan menjejaskan capaian anda kepada SPGATM.

7. Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, anda mendapati masalah Penyata Gaji anda tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?
# Setelah tamat tumpangan luar, pihak UGAT akan menerima arahan daripada CKT untuk pembayaran gaji diteruskan. Penyata gaji bulanan diproses setelah UGAT mendapat maklumbalas tersebut. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

8. Bilakah penyata gaji bulan semasa boleh diakses melalui SPGATM?
# Ianya boleh diakses pada selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh gaji pada bulan berkenaan. Sila [Klik Sini]  untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

10. Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Borang EC yang lama iaitu sebelum tahun 2019?
#Penyata Gaji dan Borang EC yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM April 2019 adalah secara manual (hardcopy) dalam 3 salinan. Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap pegawai dan anggota. Salinan kedua dan ketiga disimpan oleh pihak UGAT dan Pejabat Gaji Pasukan.